Tampilkan postingan dengan label SERODJA / 1958. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label SERODJA / 1958. Tampilkan semua postingan

Minggu, 30 Januari 2011

SERODJA / 1958


Menampilkan Said Effendy adalah Biduan terkenal saat itu.
Effendy bekerja di rumah Sulastri yang cerewet. Dalam usaha meningkatkan keterampilannya menyanyi, Effendy memperoleh simpati, namun tak urung diusir oleh Sulastri. Nekat jadi penyanyi, dan setelah melewati berbagai hambatan, akhirnya Effendy menggapai apa yang dicita-citakannya.
ANOM PICTURES

S. EFFENDI
LIES INDRIANI SALEH
RD ISMAIL
WOLLY SUTINAH
SULASTRI
AUSMAN MUSCAR
JUSMAN
ISKANDAR
DIANA FIANLISCA

KEJAYAAN lagu Seroja menarik minat sutradara, Nawi Ismail untuk mengambil Effendi ke layar perak dengan judul yang sama. Selepas itu, seorang lagi sutradara Asrul Sani juga mengambil untuk menjadi salah seorang pelakon dalam filem Titian Serambut Dibelah Tujuh. Langkah ini jelas makin mengukuhkan kedudukan Effendi di sini dan di negeri jiran. Sama seperti halnya tatkala Ramlee menjadi pujaan di Indonesia pada waktu itu. Sayembara "Mirip Bintang" yang diadakan di Singapura dan Malaysia untuk mencari mereka yang mempunyai suara seperti Effendi. Akhirnya muncul Ridwan Amin. Seorang lagi individu yang dikatakan mempunyai vokal seperti S Effendi ialah Ahmad Jais (di Indonesia dieja Achmad Jais atau Achmad Zais). Ahmad Jais dikatakan bertuah kerana sempat berduet dengan Effendi ketika penyanyi ini berkunjung ke Malaysia dan mereka menyanyikan lagu Jumpa Mesra. Penampilan terakhir Effendi di layar perak adalah menerusi filem Pesta Musik Lobana karya Misbah Yusa Biran. Selain filem, S Effendi aktif dengan kumpulan bangsawan. Beliau pernah menyertai kumpulan bangsawan Dewi Mada, pimpinan Said Kelana. Namun, kumpulan ini ditangkap oleh pihak berkuasa Belanda. Selepas itu, beliau kemudian meneruskan kegiatannya secara senyap dengan tumpuan diberikan pada bidang muzik.
 
Allahyarham S Effendi ini, nama sebenar penyanyi dan pencipta lagu ini ialah Said Effendi, dilahirkan pada 6 Ogos 1923 di Besuki, Jawa Timur, Indonesia. Beliau berketurunan Madura, tidak pernah mendapat pendidikan secara formal disebabkan kesibukan ayahnya sebagai pedagang. Pada 1936, ketika berusia 13 tahun, S Effendi mula menjadi penyanyi lagu keroncong. Setahun kemudian, beliau menuntut di Madrasah Al-Irsyad, Bondowoso. Pada waktu inilah, beliau mula beralih menyanyikan lagu gambus apabila menjadi penyanyi utama Orkes Gambus al-Wardah. Suaranya kemudian sering kedengaran menerusi Radio Republik Indonesia (RRI) Jakarta. Dengan iringan Orkes Studio Jakarta pimpinan Syaiful Bahri, namanya mulai terkenal dengan lagu ciptaannya sendiri seperti Dewi Rindu, Bahtera Laju, Timang Timang dan Fatwa Pujangga. Popularitinya semakin berkembang menerusi lagu Semalam di Malaya (ciptaan Syaiful Bahri) dan Di Ambang Sore (ciptaan Ismail Marzuki).

Selepas Orkes Gambus Al Wardah, Effendi menubuhkan Orkes Melayu Irama Agung. Menerusi orkesnya sendiri, nama Effendi semakin terkenal terutama menerusi nyanyian Seroja ciptaan Husein Bawafie. Effendi juga pernah memimpin rombongan muzik ke Pontianak, Kalimantan. Sekembali dari sana, beliau menyertai pemilihan penyanyi yang dilakukan oleh RRI menjadi menganggotai Orkes Studio Jakarta. Beliau terpilih bersama seorang lagi yang dikenali sebagai Sal Saulius. Daripada Sal, Efffendi belajar membaca nota lagu. Lagu pertama ciptaan beliau berjudul Asmara Dewi pada tahun 1948. Sejak itulah beliau aktif mencipta lagu dan sepanjang riwayatnya dikatakan mencipta kira-kira 40 lagu. Effendi meninggal dunia pada 25 April 1983 di Jakarta kerana sakit tua.

Memecahkan pengaruh P Ramlee
PADA suatu ketika, dunia muzik Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan yang sangat akrab. Banyak karya muzik yang dihasilkan oleh tokoh muzik Indonesia dinyanyikan oleh penyanyi Malaysia dan popular hingga sekarang. Antaranya ialah S Effendi, seorang komposer yang menghasilkan lagu Fatwa Pujangga. S Effendi pada dekad tahun 1960-an dikatakan berjaya mengembalikan kekuasaan irama Melayu dari Malaysia ke Indonesia. Lagu ciptaannya, Bahtera Laju menempatkan dirinya sebagai pemangkin irama Melayu nombor satu di Indonesia. Bahkan, S Effendi dianggap berjaya mengurangkan pengaruh muzik P Ramlee di Indonesia. Tatkala itu, P Ramlee mempunyai pengaruh besar dalam perkembangan muzik Melayu dan filem di Indonesia. Lagu nyanyiannya seperti Engkau Laksana Bulan dan Azizah memberi kesan amat besar kepada rakyat Indonesia hingga menyebabkan sentimen penduduk di negara itu beberapa tahun berkiblatkan muzik Malaysia.

FATWA Pujangga adalah antara lagu klasik yang pernah dinyanyikan sama ada penyanyi lama atau angkatan baru. Datuk Ahmad Jais, Datuk Sharifah Aini dan Aishah adalah antara penyanyi yang pernah merakam lagu ini dan dimuatkan dalam album mereka. Di Indonesia, lagu ini pernah dirakamkan oleh Eddy Silitongga. Walaupun ia lagu lama tetap apabila sesekali dimainkan di radio, lagu itu memberi kesan mendalam kepada peminatnya. Malah, lagu itu disenaraikan sebagai salah satu lagu patriotik. Begitulah istimewanya lagu dan seni kata ciptaan